Kami mengalu-alukan sumbangan dan wakaf daripada para dermawan untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini.

Dana Wakaf Surau Teluk Bidara

Mengapa Dana Wakaf Ini Diperlukan?

Pertambahan penduduk dan keperluan komuniti setempat menyebabkan ruang ibadah sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah terutama ketika:

  • Ibadah solat & keugamaan.
  • Program ilmu & kuliah agama
  • Aktiviti komuniti dan kebajikan
  • Majlis ilmu kanak-kanak & remaja
  • Program kemasyarakatan setempat 

PEMBANGUNAN SURAU

Objektif utama pembinaan surau:

Ruang Solat Lebih Selesa

Menyediakan ruang ibadah yang luas, selesa dan teratur untuk para jemaah.

Pusat Aktiviti Komuniti

Menjadi lokasi utama bagi program kemasyarakatan, ilmu dan kebajikan.

Pendidikan Islam

Ruang pembelajaran Al-Quran, kelas agama dan aktiviti pembangunan sahsiah.

Kemudahan Lengkap

Membina kemudahan asas seperti tempat wuduk, tandas, parkir, dewan aktiviti dll.

Pelan Pembangunan Surau Teluk Bidara

Melalui dana wakaf ini, pembinaan surau yang lebih selesa dan kondusif dapat direalisasikan untuk manfaat semua.

Kemajuan Pembinaan Surau

Bersama-sama kita merealisasikan pembinaan surau yang lebih selesa dan kondusif melalui sumbangan dana wakaf anda.

Kemajuan Dana Pembinaan SURAU

Bersama membina rumah ibadah untuk generasi akan datang.

Jangkaan Pembinaan

AUG 2026 - AUG 2027

Dana Diperlukan

RM 1,000,000

Dana Terkumpul

RM 50,000

Syarikat Pemaju & Pembinaan Surau Teluk Bidara

Shaeba Construction & Services Sdn. Bhd

Projek pembangunan Surau Teluk Bidara dilaksanakan dengan kerjasama pasukan pemaju dan kontraktor yang berpengalaman dalam bidang pembinaan, pembangunan komuniti serta pengurusan projek berteraskan nilai Islamik dan kemasyarakatan.

Dengan komitmen terhadap kualiti, keselamatan dan keselesaan jemaah, projek ini dirancang bagi menyediakan sebuah surau moden yang bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah pusat aktiviti komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Dana Wakaf Pembinaan Surau Teluk Bidara

Kami Mengalu-Alukan Bantuan Anda

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan hidup, dimurahkan rezeki dan dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan di sisi Allah SWT.

“Siapa yang membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah akan bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di dalam syurga.” HR Ibnu Majah

LOKASI

Lot 969 (Gm 5663) Kg Telok Bidara, Mukim Kuala Dungun. Terengganu